Sunday, March 28, 2010

KEM QIADI




Kem Qiadi ni diadakan khas untuk Biro dan Exco Pengawas. Kursus Kepimpinan Pengawas ini lanjutan daripada Kursus Pengawas yang dijalankan di sekolah dengan semua pengawas pada minggu sebelumnya. Jika tahun sebelumnya diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu, kali ini dijalankan di Tasik Kenyir, Terengganu. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan demi memantapkan lagi kepimpinan pengawas. Antara aktivitinya ialah ceramah,bengkel,pembentangan kertas kerja,mandi air terjun,berenang dalam tasik,kayak,junggle tracking, BBQ dan sebagainya. Diharapkan kepimpinan pengawas lepas ini lebih mantap dan dihormati bukan ditakuti apa lagi dibenci. Uzh harap semua pengawas bersabar dengan pandangan sinis, kata-kata pedih jua tindakan luar duga daripada pihak lain. Biasalah bila disuruh buat kebaikan semua tak nak. Tapi bila suruh buat benda remeh temeh tak payah suruh dah gerak dulu dah... Kepada Ketua Umum; Hidayat, Ketua Pelajar Putera; Syahmi Hazim dan Ketua Pelajar Puteri; Nur Safuhah muga dapat mengemudi nakhoda dan anak kapalmu di landasan yang utuh. Tasik Kenyir memang hebat! uzh betul2 terpesona dengan keindahan alam semulajadinya...Kem Qiadi Tetap Dihati, Moga Pengawas Perkasakan Kemudi..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...