Wednesday, December 30, 2009

Cuti skul pun bermula... nek sekolah pun menerjah...

Hu2 saat dinantikan telah tiba.Bab cuti sekolah siapa tak suka.Yahuu!!!!

Aku mcm biasa tak suka duduk diam saja.Bosan tak da kerja nak buat.Biasalah manusia bila ada kerja bosan.Tak da kerja bosan... hu2. Cuti2 Malaysia berjalan2 di sekitar Melaka, Ngri Sembilan, Batu Pahat dan Muar ja tahun ni.

Dalam cuti kena gak jadi warden bertugas jaga budak SPM dan STPM... malam terakhir duty aku bawa Faka,Nazri,Paloh dan Wanie pergi mkan Pizza Hut dan round2 Segamat. Saja ja tunaikan janji...

Tahun ni mcm x cuti. Start 9-11hb dah mula mesyuarat menanda dan mulalah menanda. 29 dan 30hb dah kena mesyuarat semula u hantar markah. Impian aku nak jadi penanda kertas periksa SPM dah tercapai. Bukan apa inilah bekalan untuk aku mantapkan pnp aku dalam kelas. Kiranya tak lah rasa mcm ada satu kekurangan yang aku tak bagi pada anak murid aku.

Cuti yang bestnya dapat tengok perlawanan bola sampai ke pagi... Hidup MU!!!!!! tapi suka gak tengok aksi Chelsea sebab ada Lampard. Man City pun hebat gak suka tengok Teves n Bellamy.

Pejam celik pejam celik.... hu2 dah nak mula sekolah balik. Aku tak rasa cuti sebulan ibarat cuti yang sebenar2nya.... Tak pa hidup mesti diteruskan... Cayok2

Selamat kembali bekerja kepada kawan2ku... Selamat kembali ke sekolah kepada anak2 muridku...

Moga prestasi SMKAS terus cemerlang, gemilang dan terbilang kerana adanya kita di situ... kita yang sama2 bersatu hati bekerja, belajar dan menimba pengalaman.Amin...

Friday, December 11, 2009

Jamuan Makan2 Akhir tahun 2009




Jamuan Kelas 51
Seronok sangat dapat macam dapat kumpul adik-beradik. Keadaan kelas dijadikan sangat santai kerana semua duduk dan makan atas tikar. Mjlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh Khairun Nazri (macam pak imam gayanya) dan orang yang paling kuat mengaminkan tentunya Fakaruddin. Pengerusi Majlis Nazri. Makanan tersangat sedap iaitu nasi ambang. masalahnya bukan nasi ambang biasa, rasanya sedap sangat-sangat. Pandai mak Amalina masak. Terima kasih kepada puan pengetua dan cikgu-cikgu yang datang. Terima kasih kepada semua kerana tinggalkan kenangan yang manis untuk ustazah.
Jamuan Persatuan Bahasa Melayu
Kelakar kerana diuruskan oleh Pengerusi dan Naib Pengerusi yang sangat malu-malu kucing. Akhirnya majlis dapat dilaksanakan di kantin sekolah. Terima kasih kepada Ustazah Normah dan ahli persatuan yang sudi hadir. Terima kasih kepada Faka,Ros,Pacak,Anuar,Mokeng dan lain-lain kerana sudi membasuh pinggan mangkuk. Memang lelaki terakhirlah...
Jamuan Kelas 53
Meriah macam restoran. Siap ada laluan karpet merah. Dipengerusikan oleh Fauzan dan Acap. Bacaan doa oleh Amzar. Ucapan ketua kelas oleh Azrul Nizam. Juadah dan layanan memang 'first class'. Terima kasih kerana sudi jemput ustazah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...