Saturday, March 26, 2011

keluh kesah cik yah...



Allah nak tunjukkan sebijak mana pun di sekolah jika hal asrama diperlekeh akan tersangkut jua...
Hal ini dikatakan 'syok'sendiri tetapi ia tetap terbukti...
Terkejut apabila seorang pelajar ni pandai dalam berbahasa dan tak pernah tersenarai dalam kumpulan near miss boleh dapat B+
Mungkin itu takdir tapi apabila terkenang di asrama dia kerap mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada warden-warden bertugas kerana memang muka dia dan group dia yang akan lewat untuk semua program asrama...dengan aku ja dia baik tu pun bersebab, tapi aku tahu belakang aku dia tetap akan protes...sumpah seranah...
Jangan kata kami tak maafkan, tapi fikir sejauh mana keikhlasan kalian meminta maaf...

DISIPLIN ASAS KEJAYAAN

Masalah disiplin dalam kalangan mereka tidak pernah lekang hingga saat SPM keluar.
Datang dengan berselipar, baju yang tak sesuai, tudung sependek yang mungkin, datang majlis untuk berfesyen, tetap dengan bisingnya, keluar dewan walau majlis belum habis, Umi bercakap di pentas tapi tidak dihormati...cakap kita dah tak ingin didengari...aku lupa aku bukan cikgu dia lagi...mereka dah besarlah...siapa aku???
Sebagai guru sedih dengan perkara yang berlaku...
Sedarlah jika kamu menangis kerana tidak dapat 11A jelas ia berpunca daripada kamu...jangan salahkan orang lain...
Tanpa disiplin kalian takkan dapat hasil yang baik.
Terima kasih kepada pelajar yang mengikuti saranan pemakaian majlis
Terima kasih jua kepada pelajar yang sentiasa berdisiplin baik di asrama dan di sekolah.

Pelajar lain, jadikanlah ia iktibar...
Ini bukan provokasi tetapi realiti...
Maaf andai keluh kesah ini menyakitkan hati...
Tapi inilah yang terpendam dalam lubuk hati...

Tuesday, March 15, 2011

CUTI YANG DIRANCANG...ERMMMMM



orang seronok bercuti, tp den dah kena siap siaga gi kem 4 hari...
sume cakap jd cikgu best, cuti banyak...
diorang tak tahu skul aku ni setahun punya jadual penuh dah...
kalu ada bulan 13...bulan tu pun penuh dah programnya...
kalu ada bulan 14...skul ni dah rancang program bulan 15...
itulah pengorbanan namanya...demi melahirkan modal insan yang cemerlang..
semua doakan kami selamat pergi dan pulang
ke kem qiadi di tasik kenyir,terengganu...
kita harus tahu bersyukur kerana ada hikmah di sebalik semua ketentuan-Nya...

WAHAI ANAK MURIDKU KELAS 2/3, 4/2, 4/3, 5/2 DAN 5/3
sudah siapkah kamu dengan kerja rumah yang diberi...?
tepuk dada buka buku nota...kalu belum...ehem3
apapun... selamat tinggal cuti...

CAYALAH...HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA...

puas hati menonton filem ini...
terdapat kelainan yang amat membanggakan...
cukuplah masyarakat kita disogokkan dengan filem bergenre hantu dan komedi slapstik..
tontonlah dan pasti kita berasa bangga dengan hasil tangan KRU STUDIO ni...
tahniah dan tahniah...



SINOPSIS

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat


Info tentang Di Sebalik Tabir “Hikayat Merong Mahawangsa”

-Kos pembikinan filem adalah RM8 juta menjadikannya filem termahal KRU Studios
-Filem Merong Mahawangsa diedarkan di 72 buah negara
-Sebanyak 3 bas penuh dengan pelakon tambahan berbangsa India dibawa khas ke
Terengganu dari Kuantan untuk babak pergaduhan di Goa
-2 ekor gajah dan 5 ekor kuda dibawa khas untuk babak di Goa.
-Set perkampungan Melayu hancur sehari sebelum penggambaran dan terpaksa dibina
semula dan menyebabkan penggambaran tertangguh selama 3 hari.
-105 orang pemain muzik Orchestra Antarabangsa bermain dibawah Malaysia Philharmonic.
-Beberapa babak aksi dalam filem ini dirakamkan oleh jurukamera khas lagak ngeri dari
Hong Kong.
-Untuk filem ini, pasukan lagak ngeri dibawa khas dari Hong Kong dan merupakan
pasukan yang sama untuk “Hellboy 2″ dan “Rush Hour”.
-Jumlah shot CGI melebihi 2000 shot.

Monday, March 14, 2011

aizat_sungai lui




lagu ni sungguh mendamaikan...
boleh bawa kita terawang-awang merewang ke mana-mana
pemuda ni memang berbakat besar dalam industri seni tempatan
teruskan perjuangan aizat hamdan...!

hafiz_awan nano

video klip dan lirik lahu ni memang buat aku menangis...


aku suka dengan penyanyi rambut ketak ni...
dari sarawak dia datang...
bakatnya besar suaranya hebat...
dari AF lagi aku suka cara dia bawa diri...
yang lain sibuk bercinta...
dia serius belajar dar sifu-sifu AF...
lagu Noktah Cinta juga sedap...
sinarnya lama akan menyinari industri seni tanah air...

suaraku berharap...


lagu yang sungguh indah melodi dan liriknya dari band Indonesia...
memang penuh maksud tersurat dan tersirat...
lagu ini akan mengingatkan aku pada semua episod hidup 2010 aku...
hanya aku dan seseorang yang akan menyimpan segala episod tersebut...

Sunday, March 13, 2011

2 PANDANG BELAKANG MEMORI 2010

EPISOD DUA
penuh warna warni...
umpama hidup ini...
namun putih dan hitam
itulah liku kehidupan...


JAMUAN ASPURI 2010...arabic vs bollywood
with chepa
with sifa'
with khadijah
with amira samin
with intan
zapin...mengancam
nasyid...mendamaikan
JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS 2/4
tenkiu hadiah ...uzh guna cawan ni u minum susu tau...
ngan ketua kelas...miunet riang...
JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS 4/2...tenkiu ati...
bakar jangan tak bakar...
terima kasih sudi jemput ustazah...
JAMUANAKHIR TAHUN KELLAS 5/1
terima kasih atas hadiah yang diberi
uzh sayang kamu semua...
MAJLIS PENUTUP KARNIVAL SUKAN ASRAMA
masa ni pas sebulan tak balik kursus MBM...rindu smkas


1 PANDANG BELAKANG MEMORI 2010

EPISOD SATU
kasihan blog ni...
lama aku menyepi...
sepi jangan kata aku tak hepy...
suka duka zahir tak terperi...
namun, semua ini mendewasakan aku...
jadi hepy tak hepy tetap kata hepy...hu3
nilah aktiviti 2010 yang aku ingat...

kursus MBM di pahang...rindu kat seseorang
ke perlis dan kedah_lawatan ladskap...episod duka bermula
lawatan ke petrosains with timah n student
sambutan hari guru 2010_with my adik....hu3
kem qiadi_kepimpinan pengawas_tasik kenyir
teluk gorek_kem perkhemahan gabungan badan beruniform



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...