Tuesday, March 15, 2011

CAYALAH...HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA...

puas hati menonton filem ini...
terdapat kelainan yang amat membanggakan...
cukuplah masyarakat kita disogokkan dengan filem bergenre hantu dan komedi slapstik..
tontonlah dan pasti kita berasa bangga dengan hasil tangan KRU STUDIO ni...
tahniah dan tahniah...



SINOPSIS

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat


Info tentang Di Sebalik Tabir “Hikayat Merong Mahawangsa”

-Kos pembikinan filem adalah RM8 juta menjadikannya filem termahal KRU Studios
-Filem Merong Mahawangsa diedarkan di 72 buah negara
-Sebanyak 3 bas penuh dengan pelakon tambahan berbangsa India dibawa khas ke
Terengganu dari Kuantan untuk babak pergaduhan di Goa
-2 ekor gajah dan 5 ekor kuda dibawa khas untuk babak di Goa.
-Set perkampungan Melayu hancur sehari sebelum penggambaran dan terpaksa dibina
semula dan menyebabkan penggambaran tertangguh selama 3 hari.
-105 orang pemain muzik Orchestra Antarabangsa bermain dibawah Malaysia Philharmonic.
-Beberapa babak aksi dalam filem ini dirakamkan oleh jurukamera khas lagak ngeri dari
Hong Kong.
-Untuk filem ini, pasukan lagak ngeri dibawa khas dari Hong Kong dan merupakan
pasukan yang sama untuk “Hellboy 2″ dan “Rush Hour”.
-Jumlah shot CGI melebihi 2000 shot.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...