Sunday, October 25, 2009

Cuti-cuti Deparaya di Sarawak...



Welcome to Sarawak...

Tanggal 17 Oktober 2009 pada jam 8.00 pagi bergeraklah 'rombongan cik kiah smkas' ke Sarawak.

Kepala touring ni ialah Ustaz Hadi dan Ustazah Norizan.

Pentadbir yang follow ustaz Zainal Abidin, Wan Zainuzzaman, Salim, Uzh Normah.

Cikgu2 len2 macam ustaz aku, Jarizan, Puan Haslizah,Marziana,Fatimah,Wan Suryana,Kak Naz, Kak Faridah, Mohsen, Lahiman, Rizal dan en. Sanip. Yang mana berkeluarga pergilah beramai2.. yang mana solo bawa diri ja lar...

Penerbangan kumpulan pertama jam 1.3o pm manakala kumpulan kedua jam 6.30 pm. nek Air Asia...

Aku bawa beg askar aku ja. dah pasang niat nak beli beg baru kat sana.. tapi budget yang murah2 ja lar...

Thursday, October 22, 2009

Hari Raya Aidilfitri 2009




Lagu raya dari Kumpulan Sepah tahun ni best...tapi lagu Anuar Zain dan Eliana juga yang sedap... Tahun ni tema baju raya coklat2 peace... macam biasa boria tetap boria.. raya tahun ni Along raya rumah mak mertua dia... tak cukup korum la gumah taun ni. tak pa taun depan kita gamatkan kembali 'istana kecil' keluarga kita..
Munjung lauk rumah sedara-mara perkara wajib.. masak siapalah lagi kalu bukan chef Jemilah yang memang terbukti kesedapannya... aku setiap tahun memang pembantu dia yang paling power dari mengemas, menolong masak, menggosok baju, menyediakan juadah dan macam2 lagi la.. bakat asuhan ibu akulah aku power tu..
Pas sembahyang raya,bersalam-salaman,makan, bergerak ke rumah atok belah abah, pegi gumah sedara di kampung dan Melaka, pastu ke rumah nenek belah emak.
konvoi ramai2 dengan sedara belah abah memang best sume kelakar2 giler...buat lawak memang power.
kalu belah ibu ke arah keintelektualan cikit la... tapi tetap world...
makan rendang, lemang dan ketupat memang feveret sume lah. ha2 raya haji mak nak masak lagi.. leh makan puas-puas2 lagi. maklumlah raya kenyang makan juadah rumah orang tak fokus masakan sendiri.. Jom balas dendam!
Mohon Maaf Zahir Dan Batin kepada semua kenalan...

Wednesday, October 21, 2009

Sonoknya g Pangkor....




Tanggal 14 Mac 2009 kami guru2 bersama kelab PERTINA form6 Upper telah berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor...

Cikgu2 laki ramai yang pegi.. kepala segala kepala Pejal@Black, Utz Salim, En Bahar, Nizam, Mohsen, Irwan, Azli, Lahiman, Hanafiah dan Zahari... Macam2 ragam kat sana diorang ni..

Cikgu2 girl yang g cuma aku@nora dan Fatimah. Baik kami kat sana... Bangga dan bahagia kat sana dijaga oleh sumelah dari cikgunye sampailah student putera dan puteri...

Suka tengok Bang Long@Zulfadzli kat sana... matang bagai lelaki yang macho...

Kalu girl lak suka tengok Farah@Donat dengan tudung dia yang striking giler bunga2 orange.. he2 macam dia plak cikgu aku ni pelajar.

Penat giler bila part mendaki kira2 3km kot nak sampai ke tempat perkhemahan tau... dengan 'keringanan' aku ni peh.., aku gagahkan juga meneruskan pendakian sampai ke tepian pantai tu...

Pantai memang tempat yang aku suka.. pernah gak pasang impian kalau dapat melangsungkan perkahwinan di sebuah pulau atau tepi pantai bersaksikan langit, bintang, lautan, deruan ombak dan si dia... Impian yang tak mungkin jadi kenyataan da...
Program yang dijangkakan lama terpaksa dipendekkan semua kerana kejadian alam semulajadi yang mengganas malam tu.

Malam itu selain pokok tumbang, petir sambar-menyambar, ombak besar, hujan lebat... aku mula berfikir adakah Tsunami gelombang kedua akan berlaku... aku takut.. tapi kenapa aku rasa seronok sebab aku suka pengalaman2 yang extream ni...

Dari pondok kami diarahkan ke tepi pantai, bimbang pokok menghempap pondok tempat kami berteduh... di tepi pantai kami diarahkan memegang kanvas dan berteduh di bawahnya...

Kesian Fatimah ketakutan dan mengkin dia fobia..udah la pergi kerana terpaksa.. aku takut2 pun hepy sebab sempat ar bermain mata ngan ..... Hush!!! Tapi pelik,macam mana aku boleh terperanjat dan ketakutan bila nampak kelibat orang dalam air. Mula lar aku fikir orang nak bunuh diri dan pikir ada hantu air menuju ke arah kami.. bila semua tengok barulah tahu tu pakcik empunya tapak perkhemahan yang sedang selamatkan bot dia dari hanyut da...

Pas dah berada dalam 'keadaan selamat' mulalah solat, makan dan bergurau senda... Dapat juga makan ikan yang aku siang petang tu.. punyalah budget2 masak takut bahan untuk sok2 habis... kalau tahu balik awal, masak u makan besar malam tu...

Ustaz Salim cadangkan kami balik bimbang 'malam gawat' akan berulang kembali. Pokoknya kalu bikin camp lagi jgn di bawah pokok tapi di tempat yang bumbungnya selamat dari dihempap pokok. hu2

Apapun aku takkan lupakan Pulau Pangkor... walau sekejap aku bahagia, walau terseksa aku menghargainya..

Terima kasih Upper 6 and Pejal and sume.. Terima kasih kenangan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...