Wednesday, October 21, 2009

Sonoknya g Pangkor....




Tanggal 14 Mac 2009 kami guru2 bersama kelab PERTINA form6 Upper telah berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor...

Cikgu2 laki ramai yang pegi.. kepala segala kepala Pejal@Black, Utz Salim, En Bahar, Nizam, Mohsen, Irwan, Azli, Lahiman, Hanafiah dan Zahari... Macam2 ragam kat sana diorang ni..

Cikgu2 girl yang g cuma aku@nora dan Fatimah. Baik kami kat sana... Bangga dan bahagia kat sana dijaga oleh sumelah dari cikgunye sampailah student putera dan puteri...

Suka tengok Bang Long@Zulfadzli kat sana... matang bagai lelaki yang macho...

Kalu girl lak suka tengok Farah@Donat dengan tudung dia yang striking giler bunga2 orange.. he2 macam dia plak cikgu aku ni pelajar.

Penat giler bila part mendaki kira2 3km kot nak sampai ke tempat perkhemahan tau... dengan 'keringanan' aku ni peh.., aku gagahkan juga meneruskan pendakian sampai ke tepian pantai tu...

Pantai memang tempat yang aku suka.. pernah gak pasang impian kalau dapat melangsungkan perkahwinan di sebuah pulau atau tepi pantai bersaksikan langit, bintang, lautan, deruan ombak dan si dia... Impian yang tak mungkin jadi kenyataan da...
Program yang dijangkakan lama terpaksa dipendekkan semua kerana kejadian alam semulajadi yang mengganas malam tu.

Malam itu selain pokok tumbang, petir sambar-menyambar, ombak besar, hujan lebat... aku mula berfikir adakah Tsunami gelombang kedua akan berlaku... aku takut.. tapi kenapa aku rasa seronok sebab aku suka pengalaman2 yang extream ni...

Dari pondok kami diarahkan ke tepi pantai, bimbang pokok menghempap pondok tempat kami berteduh... di tepi pantai kami diarahkan memegang kanvas dan berteduh di bawahnya...

Kesian Fatimah ketakutan dan mengkin dia fobia..udah la pergi kerana terpaksa.. aku takut2 pun hepy sebab sempat ar bermain mata ngan ..... Hush!!! Tapi pelik,macam mana aku boleh terperanjat dan ketakutan bila nampak kelibat orang dalam air. Mula lar aku fikir orang nak bunuh diri dan pikir ada hantu air menuju ke arah kami.. bila semua tengok barulah tahu tu pakcik empunya tapak perkhemahan yang sedang selamatkan bot dia dari hanyut da...

Pas dah berada dalam 'keadaan selamat' mulalah solat, makan dan bergurau senda... Dapat juga makan ikan yang aku siang petang tu.. punyalah budget2 masak takut bahan untuk sok2 habis... kalau tahu balik awal, masak u makan besar malam tu...

Ustaz Salim cadangkan kami balik bimbang 'malam gawat' akan berulang kembali. Pokoknya kalu bikin camp lagi jgn di bawah pokok tapi di tempat yang bumbungnya selamat dari dihempap pokok. hu2

Apapun aku takkan lupakan Pulau Pangkor... walau sekejap aku bahagia, walau terseksa aku menghargainya..

Terima kasih Upper 6 and Pejal and sume.. Terima kasih kenangan...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...