Monday, September 14, 2009

Raikan Bersama...




Sempena Bezday aku hari tu 18 Ogos aku sempat menyempurnakan niat aku... saja nak belanja budak2 n ckgu n orang office makan... kek sume sama...tapi kelas2 yang aku ajar je lar. Tapi team bahas aku buat special ckit kat bilik guru time malam. yelar banyak kenangan n jasa baik diorang kat aku n skul dalam memartabatkan Team Bahas sehingga ke peringkat negeri... sesapa yang baca ni doa2doakan lah kami dapat ke peringkat kebangsaan pulak... Semuga semuanya gembira terus bahagia dan terus berjaya... Kita Satu Malaysia... Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan... Bangga aku jadi anak MERDEKA!!!

Tuesday, September 1, 2009

TADA... SURPRISE...







NAKAL kamu ya..


Malam 17 Ogos kebetulan aku buat kelas tambahan kat Makmal Bestari u kelas 51. Saja nak suruh layari laman web bmspm.net. tapi berlayar ke lain mereka ni.. tapi mereka tak hanyut kerana aku sempat menghalang layar mereka daripada terus ke lautan bergelora... nak pekse dah dik oi...!

Dalam jam 10 lebih bermulalah lakonan mereka. Heroin Mashitah. Hero tak sempat muncul.. hu2. bermulah episod Mashitah mengadu kesakitan dan bergegas keluar. pastu kecoh bagitau heroin sesak nafas kat kelas 51 yang lama.. dalam gabrah2 aku sempat pk keselamatan makmal bestari n data2 aku tak lupa juga selipar aku.. ciap kena marah lagi ngan budak2 ni. ya ar terhegeh2.
Aku tengok Mashitah dah lembik tercungap2. panik tp sempat gak pk peristiwa ini berlaku sama mcm kejadian ex-student 2007 sempat ar aku hantar gi hospital ngan warden bertugas time tu.

Kekalutan telah melanda diriku dn aku suruh matikan lampu bimbang budak laki ushar line nak intai Mashitah.. Bila lampu dimatikan..

TADAA...bergemanya nyanyian HEPY BEZDAY dengan kilauan cahaya lilin yang mengindahkan lagi hiasan kek. Macam2 perasaan time tu. bengang, marah tapi yang paling ketara aku malu.. almaklumlah i kan pemalu... mcm2 suara yg sumbang lg menyumbangkan. pelakon2 hebat sume minta maaf.. apapun aku terharu dengan persiapan mereka paksarela utz Mohd nor beli kek dalam gerimis,masak mi dan buat air. Mereka memang WORLD!!!

Aku dihadiahi oleh mereka kain baju kurung berwarna oren kemerahan..yg bestnye disampaikan oleh Nazri.. nanti i upah jahit n i pakai ya sayang...(sayang tu u satu kelas)

Pengajarannya di sini. Malam hari lahir jangan buat kelas tambahan.. hu2

HEPY BEZDAY TO ME... LA.LA.LA.LA.LA..







Tanggal 18 Og0s 1982 aku telah dilahirkan oleh ibuku Puan Jemilah yang cantik like 'amoi' time tu.. tapi kulitku waktu lahir sampai la ni mantain 'redup-redup' ja macam abah aku En Yokiron. Sebab tu aku digelar 'anak abah' selain akulah yang paling slumber ngan my abah ni. Orang kata kalau anak perempuan ikut ayah ni 'sejuk'..aku rasa kata2 tu mcam memberkati aku..kerana

Alhamdulillah perancangan cita2 aku sejak darjah 3 semuanya hampir tercapai.. nak jadi cikgu, nak beli kereta, nak bwa mereka jalan2, dan harapan terbesar nak hantar mereka menunaikan haji... Doakan ya sume.. Macam mana pun sampai akhir hayat aku tak mungkin dapat balas jasa mereka.. Semoga aku terus jadi anak emak n abah yang baik dan berguna untuk bangsa, agama dan negara.

Nama aku 'Nora' diilhamkan daripada cerita Hapuslah Air Matamu lakonan Sharifah Aini, Latiff Ibrahim dan Broery Marantika. Nama aku sempena watak Nora oleh Sharifah Aini. Lagu Nora nyanyian Latiff Ibrahim ala2 lagu khas aku tapi malu ala segan ja nak dengar lagu tu... Very SLOW la.. tak rock...

Impian ku tahun ni selain sihat, bahagia, berjaya harapnya berdua... hu2.. Luka dihati masih berdarah lagi la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...