Tuesday, September 1, 2009

TADA... SURPRISE...







NAKAL kamu ya..


Malam 17 Ogos kebetulan aku buat kelas tambahan kat Makmal Bestari u kelas 51. Saja nak suruh layari laman web bmspm.net. tapi berlayar ke lain mereka ni.. tapi mereka tak hanyut kerana aku sempat menghalang layar mereka daripada terus ke lautan bergelora... nak pekse dah dik oi...!

Dalam jam 10 lebih bermulalah lakonan mereka. Heroin Mashitah. Hero tak sempat muncul.. hu2. bermulah episod Mashitah mengadu kesakitan dan bergegas keluar. pastu kecoh bagitau heroin sesak nafas kat kelas 51 yang lama.. dalam gabrah2 aku sempat pk keselamatan makmal bestari n data2 aku tak lupa juga selipar aku.. ciap kena marah lagi ngan budak2 ni. ya ar terhegeh2.
Aku tengok Mashitah dah lembik tercungap2. panik tp sempat gak pk peristiwa ini berlaku sama mcm kejadian ex-student 2007 sempat ar aku hantar gi hospital ngan warden bertugas time tu.

Kekalutan telah melanda diriku dn aku suruh matikan lampu bimbang budak laki ushar line nak intai Mashitah.. Bila lampu dimatikan..

TADAA...bergemanya nyanyian HEPY BEZDAY dengan kilauan cahaya lilin yang mengindahkan lagi hiasan kek. Macam2 perasaan time tu. bengang, marah tapi yang paling ketara aku malu.. almaklumlah i kan pemalu... mcm2 suara yg sumbang lg menyumbangkan. pelakon2 hebat sume minta maaf.. apapun aku terharu dengan persiapan mereka paksarela utz Mohd nor beli kek dalam gerimis,masak mi dan buat air. Mereka memang WORLD!!!

Aku dihadiahi oleh mereka kain baju kurung berwarna oren kemerahan..yg bestnye disampaikan oleh Nazri.. nanti i upah jahit n i pakai ya sayang...(sayang tu u satu kelas)

Pengajarannya di sini. Malam hari lahir jangan buat kelas tambahan.. hu2

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...