Tuesday, September 1, 2009

HEPY BEZDAY TO ME... LA.LA.LA.LA.LA..







Tanggal 18 Og0s 1982 aku telah dilahirkan oleh ibuku Puan Jemilah yang cantik like 'amoi' time tu.. tapi kulitku waktu lahir sampai la ni mantain 'redup-redup' ja macam abah aku En Yokiron. Sebab tu aku digelar 'anak abah' selain akulah yang paling slumber ngan my abah ni. Orang kata kalau anak perempuan ikut ayah ni 'sejuk'..aku rasa kata2 tu mcam memberkati aku..kerana

Alhamdulillah perancangan cita2 aku sejak darjah 3 semuanya hampir tercapai.. nak jadi cikgu, nak beli kereta, nak bwa mereka jalan2, dan harapan terbesar nak hantar mereka menunaikan haji... Doakan ya sume.. Macam mana pun sampai akhir hayat aku tak mungkin dapat balas jasa mereka.. Semoga aku terus jadi anak emak n abah yang baik dan berguna untuk bangsa, agama dan negara.

Nama aku 'Nora' diilhamkan daripada cerita Hapuslah Air Matamu lakonan Sharifah Aini, Latiff Ibrahim dan Broery Marantika. Nama aku sempena watak Nora oleh Sharifah Aini. Lagu Nora nyanyian Latiff Ibrahim ala2 lagu khas aku tapi malu ala segan ja nak dengar lagu tu... Very SLOW la.. tak rock...

Impian ku tahun ni selain sihat, bahagia, berjaya harapnya berdua... hu2.. Luka dihati masih berdarah lagi la...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...