Friday, December 11, 2009

Jamuan Makan2 Akhir tahun 2009




Jamuan Kelas 51
Seronok sangat dapat macam dapat kumpul adik-beradik. Keadaan kelas dijadikan sangat santai kerana semua duduk dan makan atas tikar. Mjlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh Khairun Nazri (macam pak imam gayanya) dan orang yang paling kuat mengaminkan tentunya Fakaruddin. Pengerusi Majlis Nazri. Makanan tersangat sedap iaitu nasi ambang. masalahnya bukan nasi ambang biasa, rasanya sedap sangat-sangat. Pandai mak Amalina masak. Terima kasih kepada puan pengetua dan cikgu-cikgu yang datang. Terima kasih kepada semua kerana tinggalkan kenangan yang manis untuk ustazah.
Jamuan Persatuan Bahasa Melayu
Kelakar kerana diuruskan oleh Pengerusi dan Naib Pengerusi yang sangat malu-malu kucing. Akhirnya majlis dapat dilaksanakan di kantin sekolah. Terima kasih kepada Ustazah Normah dan ahli persatuan yang sudi hadir. Terima kasih kepada Faka,Ros,Pacak,Anuar,Mokeng dan lain-lain kerana sudi membasuh pinggan mangkuk. Memang lelaki terakhirlah...
Jamuan Kelas 53
Meriah macam restoran. Siap ada laluan karpet merah. Dipengerusikan oleh Fauzan dan Acap. Bacaan doa oleh Amzar. Ucapan ketua kelas oleh Azrul Nizam. Juadah dan layanan memang 'first class'. Terima kasih kerana sudi jemput ustazah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...