Sunday, March 28, 2010

Khalid Al- Walid da bomb!




HOREY...!!! kami tebus kekalahan 2009... kami ulangi keunggulan tahun 2008.
Atlet rumah hijau telah memberikan 101% tenaga,usaha dan azam.
Tanpa riak dan kecohnya, mereka dengan 'smooth' nya berjaya memenangi dan mengumpul mata hingga menidakkan kemenangan rumah lain terutama rumah kuning yang gah dan memberi persaingan yang hebat!
Rezeki berpihak kepada kami...
Olahragawan juga jatuh kepada atlet rumah hijau iaitu 'wak' atau Syarifuddin. Persaingan sengit dengan 'nuek' atau Anuar. Tapi Exco Sukan yang bek n sempoi ni ditakdirkan untuk gelaran itu.
Olahragawati jatuh kepada 'bulan' atau Amirah Jasni dari rumah merah. Tahniah u mereka.
Permasalahan utama untuk rumah Hijau tetap wujud....
Mestilah masalah utama untuk memenangi acara perbarisan...
Kalu sesiapa ada cadangan untuk perbarisan ini bgtau uzh atau kami barisan rumah Hijau ya.
Terima kasih kepada atlet, para guru dan jawatankuasa rumah hijau yang berusaha untuk turun padang bersama hingga kejuaraan jadi milik kita.
Sukan Tahunan kali ini digamatkan lagi dengan acara guru.
Guru perempuan acara 50m ikat kaki berdua. Dimenangi rumah Hijau. hebat ar Uzh Mariatul, Norizan, Faridah n Jazila.
Cikgu Lelaki acara relay 4x100m turut dimenangi oleh rumah Hijau. Jagoannya ialah Ustaz Hadi, Faizal, Yazid dan Azli. Mereka memang hebat.
Hebat tak hebat rumah hijau ni? Tak payahlah malu nak mengakuinya...
Muga tahun depan milik kami juga...walaupun ramalan mengatakan ianya mustahil kerana atlet kami sume dah tak ada... tapi belum cuba belum tahu. Dah tiba masa nanti terharu.
Buat Syamil, Apek, Razin, Fuad, Farahin, Fareeza, Aliah, Hidayah dan atlet yang lain pastikan juara tetap milik kita. Amin...
CAYOK....!!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...