Saturday, March 26, 2011

keluh kesah cik yah...



Allah nak tunjukkan sebijak mana pun di sekolah jika hal asrama diperlekeh akan tersangkut jua...
Hal ini dikatakan 'syok'sendiri tetapi ia tetap terbukti...
Terkejut apabila seorang pelajar ni pandai dalam berbahasa dan tak pernah tersenarai dalam kumpulan near miss boleh dapat B+
Mungkin itu takdir tapi apabila terkenang di asrama dia kerap mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada warden-warden bertugas kerana memang muka dia dan group dia yang akan lewat untuk semua program asrama...dengan aku ja dia baik tu pun bersebab, tapi aku tahu belakang aku dia tetap akan protes...sumpah seranah...
Jangan kata kami tak maafkan, tapi fikir sejauh mana keikhlasan kalian meminta maaf...

DISIPLIN ASAS KEJAYAAN

Masalah disiplin dalam kalangan mereka tidak pernah lekang hingga saat SPM keluar.
Datang dengan berselipar, baju yang tak sesuai, tudung sependek yang mungkin, datang majlis untuk berfesyen, tetap dengan bisingnya, keluar dewan walau majlis belum habis, Umi bercakap di pentas tapi tidak dihormati...cakap kita dah tak ingin didengari...aku lupa aku bukan cikgu dia lagi...mereka dah besarlah...siapa aku???
Sebagai guru sedih dengan perkara yang berlaku...
Sedarlah jika kamu menangis kerana tidak dapat 11A jelas ia berpunca daripada kamu...jangan salahkan orang lain...
Tanpa disiplin kalian takkan dapat hasil yang baik.
Terima kasih kepada pelajar yang mengikuti saranan pemakaian majlis
Terima kasih jua kepada pelajar yang sentiasa berdisiplin baik di asrama dan di sekolah.

Pelajar lain, jadikanlah ia iktibar...
Ini bukan provokasi tetapi realiti...
Maaf andai keluh kesah ini menyakitkan hati...
Tapi inilah yang terpendam dalam lubuk hati...

3 comments:

  1. oh...sye phm ustzah...
    bengkek gak rsenye..
    smoge ustzah trus tbh....
    cayok2..!!

    ReplyDelete
  2. bukan saya nk mengata..tapi saya pernah berhadapan dgn situasi tu....harap je skolah SMKA,...tapi adab hancur.....budak skolah luar pon lg hormat kt cikgu diorg.....ilmu agama yg diperoleh lgsung x diamalkan....kalo nk wt bnde jahat skali pon, jgn kurang ajar dgn org yg lbh tua....lebih2 lagi guru,....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...